Ahad, 22 Jun 2008

Heroin - Kedah (Kulim) JUN

KULIM: Cubaan seorang pencuci kereta berusia 21 tahun berjinak-jinak dalam aktiviti pengedaran dadah mengundang padah apabila ditahan dalam serbuan di Kawasan Perniagaan Taman Impiana, Jalan Air Merah, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam, polis menemui sejumlah 49 paket kecil lutsinar mengandungi dadah jenis heroin dengan nilai pasaran dianggarkan berharga RM9,800.

Sebelum itu, sepasukan anggota diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, Asisten Superintendan Wan Zulkifly Sahabaludin mengadakan ‘Ops Kapas’ di kawasan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Chin Su Song, berkata berdasarkan maklumat, pihaknya menahan seorang lelaki menunggang motosikal Honda EX5 selepas didapati dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pihaknya yang melakukan pemeriksaan ke atas suspek kemudian menemui satu bungkusan plastik mengandungi 49 paket kecil lutsinar berisi dadah dipercayai jenis heroin.

“Suspek kemudian ditahan sebelum anggota polis melakukan serbuan ke rumah sewa didiami mereka di sini dan menahan seorang lagi lelaki berusia 39 tahun untuk siasatan.

“Hasil pemeriksaan ke atas lelaki kedua terbabit, polis kemudian menemui satu paket kecil lutsinar mengandungi dadah jenis heroin dengan berat anggaran 6.2 gram,” kata pada sidang media di IPD Kulim, di sini, semalam. - Sumber

Tiada ulasan: