Khamis, 19 Jun 2008

Heroin - Kuala Lumpur (Cheras) JUN

KUALA LUMPUR: Tidak berpuas hati dengan gaji bulanan diperoleh, seorang jururunding perniagaan secara diam-diam menjalankan kegiatan sampingan sebagai pengedar dadah heroin selepas pulang kerja.

Suspek yang berusia 20-an dikatakan menjadikan kawasan stesen minyak sebagai lokasi dianggap selamat untuk melakukan urusan jual beli dadah itu.

Sumber polis berkata, kegiatan suspek berjaya dihidu selepas anggota polis Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras bertindak memberkas suspek pada jam 6.30 petang, Khamis lalu.

Menurutnya, serbuan dilakukan selepas polis mendapat maklumat berhubung aktiviti suspek terbabit di sebuah stesen minyak di Batu 2 1/2, Jalan Sungai Besi, di sini.

“Ketika serbuan dilakukan suspek didapati cuba melarikan diri dengan menaiki motosikal di kawasan stesen minyak itu.

“Bagaimanapun tindakan pantas polis menghalang suspek sebelum diberkas dan dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut,” katanya. - Sumber

Tiada ulasan: