Selasa, 17 Jun 2008

Heroin - Taiwan (Taipei) JUN

KUALA LUMPUR - Hasrat Omar Yaini, 54, untuk menemui anaknya, Sheikh Faeizan, 19, remaja lelaki yang kini ditahan pihak berkuasa di Taipei, Taiwan selepas didapati membawa dadah jenis heroin mungkin akan menjadi kenyataan.

Ini kerana, Biro Pengaduan Awam Pemuda UMNO sedia untuk membantu membiayai kos perjalanan sepenuhnya Omar bersama isterinya, Hadiah Gondit, 48, bagi melawat anak mereka yang telah sebulan ditahan di Taiwan.

Pengerusinya, Datuk Subahan Kamal memberitahu, pihaknya akan terus menghubungi Omar dalam masa terdekat serta mengiringi Omar untuk melawat anaknya bagi mengurangkan beban bapa malang itu.

"Kami sedia bantu Omar dan saya akan pastikan dia akan dapat bantuan 100 peratus daripada kami, tapi bantuan adalah dari segi perbelanjaan dan tidak melibatkan cara untuk membebaskan anaknya," katanya ketika dihubungi semalam.

Kosmo! semalam melaporkan tentang surat yang dikirim oleh Sheikh Faeizan kepada Omar meminta bapanya itu mengirimkan al-Quran, Yassin, kamus bahasa Inggeris dan duit kepadanya yang kini ditahan oleh pihak berkuasa di Taipei, Taiwan.

Sehubungan itu, Omar benar-benar berhasrat untuk bertemu dengan anak lelakinya itu yang didapati bersalah membawa dadah jenis heroin seberat 2.141 gram dalam sebuah beg Mei lalu dan sehingga semalam, belum ada mana-mana pihak yang sedia tampil untuk membantunya. - Sumber

Tiada ulasan: