Rabu, 11 Jun 2008

Kanabis - Kuala Lumpur (Plaza Lowyat) JUN

KUALA LUMPUR: Seorang penjual telefon bimbit dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah mengedar kanabis, seberat 935 gram dua tahun lepas.

Hakim Fathiyah Idris memerintahkan Chu Yue Hong, 23, menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap iaitu 26 Okt 2006.

Chu didakwa memiliki kanabis di Lot TC 22, Tingkat 1, Plaza Low Yat, kira-kira pukul 5 petang, pada tarikh tersebut.

Dia dihukum mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum seumur hidup dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan.

Mengikut fakta kes, sepasukan anggota polis telah memeriksa kedai telefon, Star Communication di plaza berkenaan dan menjumpai ketulan mampat daun-daun kering yang dibalut dengan plastik lutsinar.

Datuk Rabinder Singh mewakili tertuduh merayu kepada mahkamah agar mengurangkan hukuman memandangkan Chu masih muda dan telah menginsafi perbuatannya serta tidak mempunyai sabitan lampau. - Sumber

Tiada ulasan: