Isnin, 16 Jun 2008

Kanabis - Perlis (Kuala Perlis) JUN

NILAI: Cawangan Narkotik Kastam Diraja Malaysia merampas 10 ketulan ganja mampat seberat 10 kilogram yang dianggar bernilai RM40,000 dalam operasi di Kuala Perlis semalam.

Timbalan Pengarahnya Mohd Subri Awang berkata dalam operasi pada pukul 1.15 pagi di perairan sempadan Malaysia-Thailand itu, pihaknya mengesan satu pancang kayu dipacak di tengah laut.

Beliau berkata pada kayu itu tergantung satu karung plastik hitam dan satu tong plastik dan hasil pemeriksaan, pihaknya mendapati ia mengandungi 10 ketulan ganja mampat.

"Pasukan kami telah membuat intipan selama lima jam dan didapati tiada orang yang datang mengambil barang berkenaan," katanya pada sidang akhbar di pejabat Kastam Cawangan Narkotik Ibu Pejabat di Kampung Jijan Tengah di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya percaya sindiket penyeludupan dadah itu menggunakan perairan Kuala Perlis bagi laluan menyeludup dadah dari negara jiran menggunakan sampan kecil dan bot nelayan. - Sumber

Tiada ulasan: