Sabtu, 7 Jun 2008

Ketamin - Negeri Sembilan (Seremban) JUN

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan kes kehilangan sebahagian dadah jenis ketamin dari bilik simpanan barang bukti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban Sabtu lalu selesai dengan penahanan tiga lelaki.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Othman Harun ketika dihubungi mengesahkan penahanan tiga lelaki itu.

Kita sudah menahan mereka semalam. Kita percaya dengan penahanan ini kes terbabit selesai. Bagaimanapun, ketiga-tiga lelaki yang ditahan bukan pegawai atau anggota polis,” katanya.

Di SEREMBAN, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh tidak menafikan barang kes terbabit hilang akibat kecuaian anggotanya.

Beliau berkata, kehilangan sebahagian dadah itu cuma disedari selepas pemeriksaan dilakukan pegawai di bilik berkenaan.

Difahamkan, penahanan ketiga-tiga lelaki itu hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di IPD Seremban 2, ketika sidang media Khamis lalu.

Sidang media berhubung kejayaan polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dan merampas 30.32 kilogram (kg) ketamin ITU dihadiri hampir 20 petugas media.

Dipercayai, sebahagian dadah yang hilang dilarikan orang awam yang menyamar sebagai anggota polis atau wartawan membuat liputan sidang media terbabit. - Sumber

Tiada ulasan: