Khamis, 12 Jun 2008

Pil Kuda - Kelantan (Rantau Panjang) JUN

RANTAU PANJANG 12 Jun – Pasukan Gerakan Am (PGA) Kelantan menahan seorang lelaki warga Thailand dan merampas 20,000 biji pil methamphetamine yang dikenali sebagai pil kuda bernilai kira-kira RM500,000 di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 8, Supritendan Rooslan Radzi berkata lelaki berumur 30 tahun itu ditahan pada pukul 10.30 malam berhampiran Kampung Jeram Perdah di sini.

“Sepasukan anggota PGA yang mengekori kenderaan lelaki itu menahannya di kawasan berkenaan dan hasil pemeriksaan, 100 paket kecil yang setiap satunya mengan dungi 200 biji pil berkenaan ditemui,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Rooslan berkata siasatan awal mendapati pil berkenaan diseludup dari negara jiran dan lelaki berkenaan mengam bil upah membawa pil berkenaan untuk pihak tertentu.

Katanya, lelaki dan pil itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut. - Sumber

Tiada ulasan: