Khamis, 19 Jun 2008

Pil Kuda - Pahang (Kuantan) JUN

KUANTAN: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah dalam satu serbuan di sebuah bilik hotel di Genting Highlands, Ahad lepas.

Dalam serbuan pada pukul 10.35 pagi hasil maklumat orang ramai itu, polis turut merampas 130 gram dadah dipercayai syabu, 20 gram pil Eramin 5 dan ketamin (24 gram), yang kesemuanya bernilai kirakira RM25,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang, Supt Baljeet Singh berkata pil Eramin ditemui pada seorang lelaki berusia 40 tahun manakala dadah lain ditemui di lantai bilik hotel berkenaan.

"Berikutan penemuan dadah itu polis kemudian membawa dua rakan lelaki terbabit yang turut berada di bilik berkenaan ke balai polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap ketiga-tiga lelaki yang berasal dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur itu mendapati mereka positif menggunakan dadah.

Baljeet berkata siasatan awal polis mendapati dadah terbabit adalah untuk edaran sekitar kawasan Genting Highlands dan polis kini menyiasat sama ada mereka terlibat dengan sindiket pengedaran dadah yang besar. - Sumber

Tiada ulasan: