Selasa, 1 Julai 2008

Heroin - Taiwan (Taipei) JUN

KUALA LUMPUR - Mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa, Sheikh Faeizan Omar, 19, dikatakan telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah di Taipei, Taiwan setelah beliau didapati bersalah membawa dadah pada perbicaraan 24 Jun lalu.

Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Suba- han Kamal berkata, perkara itu telah disahkan oleh Pengurus Besar Malaysian Friendship And Trade Centre (MFTC), Wan Azmi Wan Awang yang menghubungi beliau petang semalam.

Menurut Subahan, hukuman itu diputuskan setelah mahkamah mendapati Faeizan atau dikenali sebagai Pak Tam membawa dadah dalam jumlah yang terlalu berat selain mengambil kira ketegasan kerajaan Taiwan dalam memerangi penyeludupan dadah antarabangsa.

"Keputusan ini memang mendukacitakan," katanya ketika dihubungi semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan bahawa Faeizan berasal dari Kampung Paya Embun, Pontian ditahan di Taipei sewaktu hendak berlepas pulang ke Malaysia setelah didapati membawa heroin seberat 2.141 gram.

Ekoran itu, kedua-dua ibu bapanya, Omar Yaini, 54, dan Hadiah Gonit, 48, berhasrat untuk melawat anak mereka dan usaha tersebut sedang giat dijalan- kan oleh Subahan bersama Wan Azmi yang kini berada di Taiwan.

"Saya akan berusaha untuk menemu- kan kedua ibu bapa Sheikh Faeizan pada Rabu depan (9 Julai) kerana menurut Wan Azmi, pihak penjara telah memberi lampu hijau untuk melawatnya," kata Subahan. - Sumber

Tiada ulasan: