Jumaat, 4 Julai 2008

Jankem - Kelantan (Kota Bharu) KUL

KOTA BHARU: Penagih dadah tegar kini sanggup menghidu wap najis manusia yang dikumpul dalam tangki septik, semata-mata menghilangkan gian, akibat kesukaran mendapatkan dadah.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan, Wan Addenan Wan Mohd Noor, berkata tabiat baru itu menjadi pilihan penagih sebagai cara murah melepaskan gian kerana kesukaran mendapatkan bekalan dan kenaikan harga dadah.

Beliau berkata, penagih kini juga sanggup menelan tawas yang diperoleh dalam pasaran pada harga RM2 sekilogram kerana mempercayai bahan yang digunakan untuk pembersihan air itu, mampu membersihkan kencing mereka daripada kesan dadah ketika menjalani ujian saringan yang dijalankan pihak berkuasa.

“Penggunaan najis manusia itu belum berleluasa di kalangan penagih dadah negara ini, walaupun ia menular di kalangan penagih beberapa negara Asia Tenggara yang berdepan harga dadah yang mahal. Caranya, ialah penagih meletakkan plastik di corong pada tangki najis dan menunggu wap naik dan memenuhi ruang plastik sebelum menyedut wap berkenaan.

“Saya tidak menolak kemungkinan penagih dadah negara ini, termasuk di Kelantan melakukan tabiat kotor ini apabila tidak mampu membeli dadah menyebabkan najis manusia yang turut mengeluarkan bau gas yang kuat kerana sebelum ini mereka menghidu tahi lembu untuk melepaskan gian,” katanya kepada media di pejabatnya, semalam. - Sumber

Tiada ulasan: