Selasa, 21 Oktober 2008

Ketamin - Kelantan (Kota Bharu) OKT

KOTA BHARU - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan menyita harta milik satu keluarga dianggarkan berjumlah RM815,785 hasil daripada kegiatan pengedaran dadah, sejak lima tahun lalu.

Semua harta termasuk wang tunai itu disita selepas polis menahan tiga beranak hasil daripada dua serbuan berasingan di Pasir Mas pada 18 dan 26 September lalu.

Ketua JSJN Kelantan, Supritendan Wan Azmy Wan Hashim berkata, dalam serbuan pertama di rumah terbabit, sepasukan pegawai dan anggotanya telah merampas wang tunai RM165,897 dan RM52,300 bhat Thai (RM5,000).

Menurut beliau, berdasarkan maklumat, pasukannya telah menyerbu rumah terbabit dan menahan seorang lelaki berusia 45 tahun dan anaknya berusia 25 tahun.

Selepas diambil keterangan kedua-dua beranak itu dibebaskan.

Bagaimanapun, kata beliau, seminggu kemudian, polis menyerbu rumah sama dan dua beranak itu ditahan lagi.

Turut ditahan dalam serbuan kedua itu ialah isteri kepada suspek lelaki itu.

Wan Azmy memberitahu, ketiga-tiga beranak itu disyaki terlibat dengan kegiatan pengedaran dadah dengan penemuan 6,000 biji pil kuda.

Katanya, selain pil kuda yang ditemui dalam serbuan kedua itu, polis turut menyita barang kemas dan jam tangan yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM36,050.

Sebuah motosikal bernilai RM8,000, wang tunai RM7,514 dan wang di dalam pelbagai akaun berjumlah RM593,094.

"Jumlah sitaan yang kita buat dalam serbuan kedua berjumlah RM644,658," ujarnya. - Sumber

Tiada ulasan: