Selasa, 21 Oktober 2008

Kokain - Kuala Lumpur (KLIA) OKT

KUALA LUMPUR - Ibarat perkhidmatan kurier, seorang lelaki dari Bolivia sanggup menelan 94 ketulan dadah kokain untuk diseludup dan melepasi pemeriksaan ketat Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebelum ditangkap baru-baru ini.

Dia yang pertama kali tiba di negara ini itu masuk melalui KLIA sebelum menaiki teksi menuju ke sebuah hotel mewah di Brickfields untuk mengeluarkan kesemua ketulan mampat seberat tiga gram dan sepanjang 0.08 meter setiap satu itu melalui duburnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, kegiatan suspek terbongkar apabila kakitangan hotel itu bertindak menghubungi polis selepas curiga dengan kegiatan lelaki tersebut.

"Suspek tiba pada pagi Jumaat lalu sebelum menginap di hotel mewah tersebut untuk mengeluarkan dadah seberat 938.6 gram bernilai RM300,000 yang ditelannya.

"Pada masa sama, dia telah menghubungi seorang pelacur Thailand untuk bertemunya di hotel tersebut untuk dihantar ke negaranya pula,'' katanya kepada pemberita di sini semalam.

Tambahnya, siasatan polis mendapati, wanita tersebut yang beberapa kali pernah memasuki ke negara ini itu datang dengan menaiki sebuah bas dan dipercayai akan membawa dadah ke negaranya dengan menaiki kapal terbang.

Menurut Muhammad Sabtu, polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Brickfields yang melakukan intipan, telah menyerbu bilik hotel berkenaan pukul 9.15 malam hari yang sama dan menahan kedua-dua suspek.

"Selain dadah, kita juga merampas wang tunai RM240, sekeping kad kunci berwarna merah jambu dan hitam, sebuah pasport Bolivia dan sebuah beg pakaian milik suspek,'' katanya.

Ujar Muhammad Sabtu, kedua-dua suspek didapati negatif dadah selepas menjalani ujian air kencing dan tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau. - Sumber

Tiada ulasan: