Ahad, 2 November 2008

Heroin - Kuala Lumpur (Cheras) NOV

KAJANG: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kajang menahan tiga lelaki berumur antara 26 hingga 36 tahun yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah dan samun di sekitar Lembah Klang dalam serbuan di Taman Damai Perdana di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi jam 2.45 pagi yang diketuai Asisten Superintendan Mior Abdul Khalil bersama sembilan anggota itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM150,000.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood, berkata operasi terbabit dilakukan selepas polis menerima maklumat daripada orang awam.

Katanya, hasil pemeriksaan di rumah sewa terbabit, polis merampas sejumlah dadah jenis heroin, ketulan ganja mampat, ketamin dan pil eramin-5.

“Selain itu, polis turut menemui sepucuk pistol jenis Colt .45 yang disimpan dalam laci rumah terbabit dan topeng muka.

“Kita tidak menolak kemungkinan senjata dan topeng itu digunakan kumpulan lelaki terbabit bagi tujuan merompak dan samun,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
- Sumber

Tiada ulasan: