Ahad, 2 November 2008

Ketamin - Selangor (Kajang) NOV

KAJANG: Polis berjaya melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah jenis ketamin dan eramin 5 terbesar di daerah ini berikutan penahanan seorang lelaki dipercayai dalang sindiket itu semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Sakarudin Che Mood, berkata suspek berusia 23 tahun itu dipercayai menjalankan aktiviti berkenaan sejak tahun lalu.

“Kita menahan lelaki itu kira-kira jam 3 petang semalam di Jalan Sungai Chua, dekat sini. Hasil pemeriksaan menemui sejumlah 1,100 gram serbuk dipercayai ketamin siap dibungkus di sebelah tempat duduk pemandu dan merampas wang tunai RM1,580,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil soal siasat dijalankan membawa kepada penemuan 1,670 biji pil eramin 5 dianggarkan bernilai RM30,000 serta wang tunai RM60,000 di kediaman suspek di Taman Bukit Kajang Baru, Kajang.

Katanya, siasatan masih dijalankan untuk memburu saki-baki ahli sindiket itu.

“Kita juga menyita dua buah kereta jenis Perodua Myvi dan Proton Waja, beberapa keping kad kredit, telefon bimbit serta beberapa buku akaun dipercayai milik suspek,” katanya.

Beliau berkata, suspek itu kini ditahan reman mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Katanya, siasatan masih dijalankan untuk memburu saki-baki ahli sindiket itu. - Sumber

Tiada ulasan: